Sunday 12 July 2015

I AM OKAY

I am okay
even deep inside 
it's hurts...

i am okay
even i am alone
it's okay
cause it's always happen

i am okay
even i need to do everything by my own

i am okay
even you with someone else
you are happy and i am down
i'm still okay

it's okay
if you are mad at me
even the whole world hate me
i'm still okay

i am okay
even you are lying
it's okay

i am okay
for everything will happen
i am okay
and 
it's still okay

Tuesday 9 June 2015

NIKMAT

Nikmat....
anugerah pemberian Tuhan
buat semua hambanya

Nikmat 
jangan sesekali kita alpa
jangan sesekali kita leka
hingga lupa pada Sang Pencipta.


Nikmat
bila kita seringkali mengeluh
akan bisa menghilang begitu saja
karna tiada rasa syukur
pada hati hamba- Nya

FAHAMI MENGAPA

Kekadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

........

Kadang-kadang sahabat yang rajin bekerja , bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

........

kekadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah, tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

........

kadang-kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

........

kekadang sahabat yang selalu hantar mesej kepada kita bukan kerana mereka tak ada benda lain nak buat tapi sebab mereka ingat pada kita.

......................................

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali:
1) waktu
2)kata-kata
3)kesempatan


Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorang:
1)kemarahan
2)keangkuhan
3)dendam


Ada 3 hal yang tidak boleh hilang:
1)harapan
2)keikhlasan
3)kejujuran


Ada 3 hal yang paling berharga:
1)kasih sayang
2)cinta
3)kebaikan


Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti:
1)kekayaan
2)kejayaan
3)mimpi

Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang:
1)komitmen
2)ketulusan
3)kerja keras

Ada 3 hal yang membuat kita sukses:
1)tekad
2)kemahuan
3)fokus

Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu:
1)rezeki
2)umur
3)jodoh

TAPI....

Ada 3 hal yang pasti dalam hidup:
1)tua
2)sakit
3)kematian

*peringatan buat diri sendiri
*muhasabah diri

Friday 5 June 2015

SHE'S ALWAYS BE THERE

She's always be there
whenever i need her

She's always be there
whenever i need any help

She's always be there
for everytime in my day

Whenever i am in sorrow
or even i'm disheartened and dissapointed
she's always be there 
to calm and comfort me.

For anything  i want to
she's always be there
to lend and give me
anything she have

She's never say No to me
she's always be there for me

She's always be there
and always be there.......
for me..

~THANKS MAY MAY~





KEMBARA MIMPI


Jauh sudah malam
jauh sudah penghuni bumi menyulam mimpi
jauh sudah meninggalkan kerja di siang hari


kembara mimpi
macam-macam mainan tidur datang menemani
pelbagai kisah terlayar kembali
bila penat di siang hari
mula lah mengigau di malam hari
ataupun sibuk lena diulit mimpi



mimpi
ada kalanya hanya mainan saja
ada kalanya menjadi nyata
kembara mimpi
membawa kita jauh dari alam sedar
menelusuri alunan muzika malam
bersama bunyi cengkerik berorkestra megah 
di sinar cahaya bulan .

kembara mimpi
teruslah menemani
sehingga siang menyinar kembali.

SECRET



Let it be a secret
shhhhh!!!!
biar saja..
biar semua jadi rahsia

simpan semua rasa hati
simpan semua luahan diri
simpan semua kecewa ini


tak semua perlu di suara
tak semua perlu diungkap kata
tak semua perlu di jelas semua

biar hati yang simpan semua
biar hati yang pendam rasa


sshhhhh........
let's just make it as a secret...




Tuesday 26 May 2015

SELAMAT HARI JADI, DIK!

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Akhis, happy birthday to you!!! "

Dik, 
happy birthday,
sanah helwah,
selamat hari jadi,
saegil chuga haeyo,
selamat ulang tahun kelahiran ke-11!!!!


Semoga panjang umur, murah rezeki,
semoga sihat dan gembira selalu,
semoga terus berjaya
semoga tercapai cita-cita
katanya nak jadi Engineer,
biar betul-betul belajar sampai bisa digelar Ir
semoga jadi anak yang soleh
yang mampu membahagiakan dan membanggakan orang tua dan keluarga
yang mampu bawa mereka ke syurga
teruskan usaha
biar sampai mampu berdiri sama tinggi seperti yang lain
biar mampu ubah apa yang di mahu
biar tercapai impian dan angan-angan
may Allah bless you :) 
i love you <3

RINDU



                                                  ~RENUNGAN~
dalam kesibukan
rupanya masing-masing kita dah besar
sampai terlupa ada tanggungjawab yang harus di jalankan
biar hari ini kita ubah segala
buang yang keruh ambil yang jernih
betul apa yang mak dan bapak kata
bila kita dah masing-masing besar
baru rindu zaman kecil-kecil dulu
rasa nak ulang balik


dulu,
tak suka kongsi
nak sendiri-sendiri
tapi bila berjauhan 
baru terasa nikmat perkongsian
mak ajar agar jangan gelojoh
kongsi baru nikmat
semua tak suka
bila abah kata 
yang "ni" boleh recycle
tak payah beli baru
masing-masing tunjuk muka masam
sombong, tak nak yang lama
tak cantik
nak macam orang lain
cantik dan masih baru
berlagak macam orang kaya
akhirnya, abah beli baru
kesian abah
kesian mak
tapi
bila dah besar
dah jauh dari keluarga
baru tahu, baru faham apa yang mereka pesan
baru faham apa yang mereka rasa
nikmatnya pesanan orang tua
kenapa dulu tak fikir semua ni?
kejam kan kita?
terukkan kita?
siksa mak
siksa abah........


hari ni
masing-masing dah besar
dah pandai bawa haluan sendiri
dah tahu tu
dah tahu ni
masing-masing dah belajar jauh
masing-masing dah kerja
masing-masing dah kahwin
masing-masing dah ada hidup sendiri
kasihan mak
kasihan abah
kena tinggal lagi
penat-penat jaga
bila dah besar
semua pergi tinggalkan mereka
makan pun sorang-sorang
bila sakit
tak da siapapun peduli
tapi bila kita sakit
cepat-cepat mereka bawak ke klinik
cari ubat tu, ubat ni
cari yang paling mujarab
merengek , menangis
minta dipujuk.


bila abah "call"
abah kata mak rindu
lama tak jumpa
rindu adek,
rindu kakak
rindu angah
rindu alang
rindu along
tapi.......
kita kata nanti-nanti la
ada banyak kerja
abah pujuk mak
mungkin betul-betul sibuk
nanti bila ada masa adalah nanti
kalau selalu cuti
nanti boss marah
kasihan anak-anak kita 


hari ini
ulangtahun kelahiran along
mak call
abah nak ucap "happy birthday"
tapi bila along angkat call
along jawab kasar
tanya kenapa,
dia sibuk
abah kata abah nak wish birthday jer
along jawab" tu je ke? nanti la yer, along busy"
abah minta maaf
abah tak tahu
maaf menganggu masa along
kasihan abah
kasihan mak
mak dah menangis
tapi abah kata
tak mengapa
mereka busy tu..


kekadang
air mata abah yang kuat pun boleh menitis juga
kasihan abah
dah banyak abah berkorban
tapi bila anak-anak dah berjaya
anak-anak lupa abah
anak-anak lupa mak
mak dan abah
tak minta kesenangan
cukup untuk lihat anak-anak berjaya
tapi jangan sampai lupa daratan


mak
saban hari doa untuk anak-anak
tapi
pernahkah sekali doa anak-anak untuk mak? 
doa anak-anak untuk abah?
sudah lupa kah anak-anak mak dan abah akan orang tua?
apa ada silap dalam mendidik?
apa salah mak dan abah
tak mampu beri kesenangan dulu?
sebab itu anak-anak kena berusaha lebih untuk merasa kesenangan
kalau itu puncanya
mak abah minta maaf
tak mampu beri kesenangan
tak kaya macam orang lain
mak abah minta maaf
kasihan anak-anak
terpaksa kerja keras
mak dan abah tak marah
doa mak dan abah tetap yang baik-baik
mak dan abah cuma harap
bila tak sibuk nanti
datanglah melawat
rindu sangat
rindu nak jumpa anak-anak
rindu nak tengok cucu-cucu
rindu nak makan bersama lagi
macam-macam kecik-kecik dulu
mak nak suap anak-anak mak makan
abah nak cari makanan yang anak-anak suka
rindu sangat
semoga sempat mak dan abah merasa
sebelum Tuhan ambil balik pinjaman Dia ni..

~salam rindu buat anak-anak mak dan abah~







FRAGILE

It's fragile
once it's broken
it's cannot be repaired anymore..


it's fragile
once it's broken
consider sold

nice to see
nice to hold
once broken
consider sold



#my heart is like a glass

Saturday 23 May 2015

SELAMAT HARI GURU

*Tabika Perpaduan Kpg Meranek (2000)
*SK Meranek (2001-2006)
*SMK Kota Samarahan (2007-2011)
*SMK Muara Tuang (pra-u 2012-2013)
* KSKB Kuching
Dengan lafaz basmalah,
selamat hari guru buat insan bergelar guru.. smile emoticon terima kasih di atas tunjuk ajar cikgu dalam mendidik saya .. terima kasih di atas kesabaran dalam membuat saya memahami sesuatu tajuk..
terima kasih di atas kesudian untuk memahami saya
tanpa didikan anda, saya takkan jadi siapa saya sekarang..
saat saya merasa dunia saya gelap,
saat saya merasa saya jatuh sampai saya yakin yang saya takkan mampu untuk bangkit semula
saat saya benar-benar kecewa terhadap diri sendiri
saat saya merasa kesedihan terus menyelubungi hati
saat saya merasa amarah berada di hujung jiwa
saya saya berasa dendam tatkala ditikam dari belakang
saat saya berasa sakit tak terhingga
saya masih punya insan yang masih percaya akan diri saya
saya masih punya insan yang tiupkan semangat dan motivasi
saya masih punya insan yang sentiasa berada di sisi
terima kasih cikgu
karna doa seorang cikgu menjadikan saya siapa saya hari ini
karna restu dan berkat cikgu ,saya masih terus berdiri
karna kata-kata motivasi cikgu, saya masih bertahan sampai sekarang
untuk mak dan bapak
cikgu pertama aku
sebelum mula zaman persekolahan
pagi2 lagi seawal umur 4 tahun aku dah di ajar ABC, 123, alif, ba, ta, mengaji 
setiap kali balik dari kerja
pasti kedatangan bapak akan di sambut untuk mengajar aku benda baru
tulis atas kertas sampai menconteng dinding sehingga dimarah
setiap pagi aku dan adik bangun awal menikmati suasana pagi
bila zaman persekolahan
mak bapak bersemangat hantar ke sekolah
bila aku dapat nombor 1 rasanya mahu satu dunia dihebohkan yang anaknya dapat nombor 1
masuk sekolah menengah 
semuanya sama
result PMR ok
tapi bila SPM aku jatuh aku menangis
merajuk, macam orang gila 
tapi bapak pujuk kata 
aku kan dah berusaha
semua orang tahu
siang malam aku buka buku
biar apa orang kataa
mak dan bapak percaya akan anak2 bapak
aku tahu mereka kecewa
kalau aku boleh merasa kecewa 
mereka juga sama
bapak kata lagi
lepas ni sambung belajar
let by gone be by gone
buka buku baru
aku cuba bangun balik
walau payah
orang tanya mana kehebatan kau dulu?
mana kebijaksanaan kau dulu?
dulu nampak hebat tapi sekarang?
aku pendam aku simpan
tak ada sesiapa tahu rasa hati 
tak ada sesiapa faham apa yang di lalui
ringan saja mulut ini hendak menjawab
tapi pesan bapak 
biar apa orang kata
orang yang bijak pandai 
orang yang kuat
bukan melawan menggunakan kekuatan anggota badan tapi akal
dan akal itu membezakan kita dari mereka
alhamdulillah, aku pegang kata2 itu sampai sekarang
hari ini dah 21 tahun aku bermukim di bumi Tuhan
jatuh bangunnya aku
masih ada insan di sekeliling aku
aku ada bapak, mak, adik2, kawan2 ,n cikgu
terima kasih banyak2
buat rakan seperjuangan
yang bakal bergelar guru dan sudah menjadi guru
semoga berjaya
buat cikgu,
sekali lagi selamat hari guru
terima kasih cikgu
saya minta maaf seandainya sepanjang menjadi anak didik ,seringkali membuat cikgu2 terasa dengan tingkah laku saya
doakan saya cikgu berjaya dunia akhirat smile emoticon
tanpa didikan cikgu saya takkan menjadi siapa saya sekarang

***Guru membina ilmu, menyempurnakan akhlak****



P/S sorry lambat wish.. :)

LOSE HOPE

...............................
Duhai hati
cukup-cukuplah tu
berhenti berharap 
pada sesuatu yang bukan hak milik kau


berhenti berharap 
pada sesuatu yang belum pasti jadi milikmu


berhenti berharap
nanti kau kecewa lagi

berhenti berharap
nanti air mata tu jatuh lagi

berhenti berharap
nanti mata tak dapat kawal lagi


berhenti berharap
dan 
pandanglah jauh ke hadapan.

LUPA

Lupa lagi rupanya
maaf duhai hati
aku biar kau menangis lagi


Lupa lagi rupanya
maaf duhai hati
aku hiris kau dengan pilu

Lupa lagi rupanya
maaf duhai hati
diri dah tak kuat lagi


lupa lagi rupanya
maaf duhai hati
dek termakan dendam
sampai sudah tak ada rasa


lupa lagi rupanya
 maaf duhai hati.................



Thursday 21 May 2015

TENTANG

Orang yang benar-benar bijaksana dan beradab tidak akan pernah menggunakan kekuatan anggota untuk melawan yang lain tetapi menggunakan kepintaran akal untuk menunjukkan dan membuktikan bahawa dia jauh lagi kuat dan intelektual.

dan

orang yang benar beradab dan bijaksana adalah orang yang tidak malu untuk belajar  dan mengajar orang yang lebih rendah kedudukan daripadanya. 

STEPS

Follow the flow of life
but
it's doesn't mean that i will stop trying
although it's hard and sometimes make me feel very down
nobody is around
i am cry
disheartened by every killing words
nobody cares
keep everything inside...
sometimes i'm gonna be crazy
everyone laugh
i keep it alone
always heartbroken... 
nobody knows
how hurt it is
they never know what have happen
what i'd been through
they just know how to judge
and
i just keep it inside
let them be
even i deeply hurt
nobody cares
nobody comes
nobody knows
it's hurt
but
for most of all
everything i do 
i will do my very best
i will make my family happy
that's most important
there's nothing much precious rather than 
to see people you love is smile because of you.

that's what i keep...
thanks God 
you're always help me
you give me family that's always be my side
you give me friend
that's always trust me
you give everything that i need.
thanks Allah

Wednesday 6 May 2015

GALERI HATI

Apa yang harus aku ungkap tentang hati? terlalu banyak ceritera tersimpan rapi.. lebih banyak duka dari suka..lebih banyak menangis dari ketawa.lebih banyak kecewa dari gembira. duhai hati , mengapa jadi begini??? ke mana hilangnya kekuatanmu itu??



jangan asyik menangis duhai hati,
takkan ada sesiapa yang mempeduli tentangmu
walau air mata darah yang keluar
hanya akan menambah beban mu saja



berhenti menangis duhai hati
kasihanilah mata yang turut merasa sedih di atas kesakitanmu
hargai dia
karna dia yang senantiasa setia bersamamu.


galeri hati
banyak memori tergantung di dinding hati
ada yang serong dek keperitan warna hidup
ada yang terang warnanya dek kegembiraan di hari-hari

RABAK

Rabak........

hati ini rabak lagi
kali ini entah sudah berapa kali
hati ini rabak lagi


hati ini rabak lagi
entah apa sebabnya
hati ini terus hilang punca


hati ini rabak lagi
terus menangis saban hari
walau terus dipujuk dan dirayu
hati makin kuat menangis


hati ini rabak lagi
makin pedih rasa diri
makin sengsara rasa diri
hati ini rabak lagi


dan hati ini makin rabak setiap hari

Saturday 28 March 2015

ASBESTOS


Apa kau fikir hati aku asbestos?
yang bisa tahan panasnya amarahmu
yang mampu bersabar dengan hangatnya fitnahmu

Apa kau fkir aku asbestos?
yang boleh menyerap tiap kata-kata hinaanmu
yang mampu diam tiap kali panasnya dendammu?

apa kau lupa aku ?
apa kau fikir aku asbestos yang bisa semudahnya engkau rendahkan?
apa kau lupa sifat asbestos?
yang bisa merebak kanser ke dalam hidupmu!
                                                                   FIRST STEP


Di sini langkahku bermula
setelah sekian lama jatuh
aku harus bangkit
mengejar sisa-sisa hidup
mencapai apa yang tertinggal jauh


Di sini langkahku bermula
belajar dari mula
tentang basik hidup
belajar menjadi insan sempurna


Di sini langkahku bermula
takkan ku menoleh lagi
berjalan nun jauh ke hadapan
terus berlari tinggalkan noda hitam semalam


Terima kasih atas noda kelam
banyak mengajar aku erti hidup
banyak mengajar aku erti berdiri sendiri
dan di sini





langkahku bermula


-12 Januari 2015-