Saturday 5 January 2013

Sahabat hingga hujung nyawa

" I have a pen, 
             my pen is blue;
      I have a friend,
     my friend is you."


Sahabat,
Apa yang kita tahu tentang sahabat? Sahabat juga anda kenal sebagai apa? Kekadang sahabat dipanggil kawan, teman, taulan,rakan, kenalan ,geng dan sebagainya. Sahabat punya tempatnya tersendiri dalam hati kita. Sahabat punya ceritera nya sendiri dalam hidup kita. Ada sahabat yang mampu membawa kita ke syurgawi, ada juga sahabat yang menjerumuskan kita ke lembah kehinaan. Terutamanya remaja , sahabat dianggap aset penting kepada diri mereka. Lebih banyak masa remaja bersama rakan-rakan berbanding bersama dengan ahli keluarga. Contohnya, di sekolah, taman permainan, nampaknya remaja banyak menghabiskan masa bersama sahabat berbanding keluarga kandung sendiri.

     Bagi sesetengah orang, sahabat sudah dianggap sebahagian daripda keluarga. Setiap masalah dikongsi bersama. Suka dan duka diharungi tanpa sebarang keraguan atas sokongan daripada sahabat. Ramai yang sanggup meluahkan dan berkorban apa sahaja demi sahabat. Bagi mereka, sahabat adalah segalanya. Sahabat penyeri kehidupan terutama bagi mereka yang mempunyi masalah keluarga ,pastinya sahabat lah yang dianggap segalanya sehingga kekadang membawa keburukan kepada diri mereka sendiri.

      Seorang sahabat mampu membuat rakannya membuat apa sahaja kerana sudah menganggap mereka sebahagian daripada kehidupan seharian. Sahabat mampu membuat seseorang itu berubah dari jahat kepada baik, dari baik kepada sebaliknya, dari kurang bijak kepada yang lebih bijak, mengajar erti kehidupan, lebih rajin belajar, menyayangi keluarga malah ada yang lebih buruk sehingga meninggalkan keluarga sendiri. Hebat kan penangan sahabat kepada diri seseorang itu? =)

      Tetapi, ada juga yang tidak mengerti dan menghargai sahabat. Ada yang tega menyakiti hati sahabat yang telah banyak membantu. Sahabat yang banyak berkorban rasa, wang, tenaga dan masa ditinggalkan begitu sahaja seolah-olah mereka tidak saling mengenal antara satu sama lain. Pasti sakit yang dirasa sahabat itu. Mengapa masih ada yang bersikap sebegitu. Ada yang sanggup menuduh atau menfitnah sahabat yang baik kepada nya. Bagaimana perasaan mereka diperbuat begitu? Bayangkan sajalah andai ia berlaku kepada diri mereka sendiri. Seharusnya mereka menghargai sahabat mereka sendiri buknnya terus melukakan hati sahabat!!

     Bukankah kita bersahabat untuk saling bantu-membantu tika kesusahan? Saling mengeratkan silaturrahim, berkongsi rasa, berkongsi minat dan kebolehan. Tapi mengapa teganya seseorang itu melukakan hati sahabat? Kalau bukan kerana sahabat, takkan wujud nya silaturrahim, perpaduan ,kemesraan dan sebagainya? bukankah semua kebaikan itu datangya dari sebuah persahabatan??  Masih tidak jelaskah di mata da hati mereka?




          Bagi saya sendiri, saya memang memerlukan sahabat dalam hidup saya. Sahabat lah keluarga saya, peneman hidup saya, guru , mentor mahupun kekasih hati. Malah pengalaman hidup juga dianggap sebagai sahabat? Ingin tahu kenapa banyk gambar haiwn sya letak kali ini? erm..jawpannya mudah sahaja. Sebab dalam gambar itu menunjukkan banyak makna yang mendalam akan sebuah persahabatan. Mungkin nampk pelik, tapi bagi saya memang ada kebenaran mengapa haiwan lebih menghargai persahabatan. Kita boleh lihat sendiri dalam kehidupan seharian, kita lihatlah bagaimana haiwan-haiwan seperti di atas saling membantu antara satu sama lain. Bukan hendak mennyamakan kita dengan binatang tetapi saya hanya mengambilnya sebagai contoh yang baik buat kita. Haiwan memang tidak dikurniakan akal untuk berfikir seperti kita tetapi haiwan punya nilai kasih sayang yang tinggi berbanding manusia. Nampak macam satu kebohongan ayat ini kan? tapi itulah KENYATAANNYA! Manusia nampak nya tidak menghargai kasih sayang , persahabatan malah menghargai kehidupan pun susah! Haiwan lebih menghargai persahabatan dn kasih sayang.

      Saya mungkin tidak punya ramai sahabat berbanding anda tetapi saya amat menyayangi dan merindui sahabat-sahabat saya. Ramai yang sudah berada di kejauhan untuk menyambung pelajaran demi masa depan. Namun itu bukan satu penghalang untuk kami tidak berhubung. Kita sudah maju. KIta boleh berhubung melalui pesanan ringkas, email, 'fecebook', 'twitter' , 'webcam' malah tradisi surat-menyurat dan kad juga masih boleh digunakan untuk berhubung. Mungkin tidak sekerap dahulu kerana masing-masing sibuk tapi sekurang-kurangnya kami msih berhubung.

    Ya, saya sangat merindui sahabat-sahabat saya! Saya rindukan banyak kenangan bersama mereka. Andai saja angin memang bisa menghantar pesanan, pasti saja aku kirimkan salam rinduku buat teman-teman. Sahabat lah yng banyak membantu dlam banyak perkara.

   Dalam laman maya ini, saya juga punya sahabat baik seperti sahabat-sahabat saya yag saya rindukan. Mungkin kita tidak pernah ketemu, tapi saya menghargai kehadiran anda dalam hidup saya. Anda mengajar saya banyak mengenai kehidupan. Saya harap kita dapat berjumpa kelak! amin.
      
   Sebelum mengakhiri coretan kali ini, saya berharap kita semua punya sahabat yang baik-baik dan kita mampu mencapai cita-cita kita.Amin..Jumpa lgi kita di coretan akan datang. Wasalam..=)

" duhai sahabat, dengarkanlah bicara hatiku ini,
meskipun jarak memisahkan namun tiada rentap kasih..
biarlah waktu yang menentukan nilai ukhwah yang terjalin,
teruskanlah perjuanga hingga ketitisan darah terakhir.
dan aku masih disini terus mendaki puncak tertinggi hidupku,
dan aku terus menanti saat yang manis akan berulang kembali..=D "