Sunday 9 December 2012

Azimat Buat Pejuang Muda

                       HARIMAU MALAYA 
               MENGGEGAR NUSANTARA!!!!


Selamat kembali...lama sudah saya tidak update blog..:) baru hari saya punya masa senggang untuk kembali di laman ini..:D

Hari ini tepatnya malam ini satu perlawanan yang penting buat kita iaitu antara Malaysia menentang gajah perang, Thailand..:) Ia bukan tugas yang mudah untuk di jalankan tapi memerlukan daya saing yang tinggi, kerjasama yang padu, toleransi dan pastinya semangat kesukanan yang tinggi..


Buat harimau Malaya, Kami Rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda. Besar harapan kiranya Malaysia menang menentang Thailand malam ini dan juga semasa perlawanan timbal balik nanti seterusnya membawa Malaysia ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki nanti dan berjaya menjadi Juara dan mengekalkan status sebagai Juara bertahan..


Persoalan siapa penjaga gol yang akan dipilih sudah pun terjawab..Bagi saya baik KHairul Fahmi mahupun Farizal Marlias, keduanya punya kelebihan sendiri..Dan saya yakin keduanya mampu menjaga gawang Malaysia daripada dibolosi pihak lawan dengan kerjasama semua pemain lain.:)

Buat pejuang muda kita, setiap kelebihan yang ada kita jadikan sebagai peluru yang akan memusnahkan pertahanan lawan untuk menghasilkan gol yang banyak. Kiranya ada kelemahan, kita perbetulkan di setiap langkah kita memasuki padang dan membuktikan pada semua bahawa kita mampu melakukan.Anggap saja kritikan itu sebagai cabaran buat kita untuk terus maju ke hadapan. dan jadikan setiap pujian sebagai satu semangat dan dorongan untuk terus memberi seribu kejayaan kepada kita.Setiap kekalahan lalu jadikan sebagai satu ujian dan teladan agar tidak berulang kembali kenangan yang boleh menggugat emosi setiap seorang dari kita.

Saya yakin bahawa kegemilangan negara kita akan berulang kembali dan menempa nama bukan sahaja di nusantara bahkan seantero dunia..

Sekarang, pejuang kita tengah berjuang untuk mencapai kemenangan yang diidamkan oleh semua dan pastinya akan menaikkan maruah bola sepak negara.Bagi yang tidak dapat melihat secara langsung dari stadium, menonton dari televisyen pun sudah cukup sebagai tanda sokongan kepada harimau malaya kita.^_^



sekian sahaja dari saya untuk malam ini, untuk keluaran akan datang, rasanya nak letak satu cerita dalam blog nie..:) hehe...that's all..SEMOGA BERJAYA HARIMAU MALAYA!!! 

(sory yer..hari ini tak de gambar...internet merajuk nie...:p )


"PERKUKUHKAN PERTAHANANMU,
AMPUHKAN SERANGANMU,
JANGAN GENTAR,
JANGAN TAKUT,
KAMI YAKIN PASTI KAU MAMPU,
MENEMPUH LAWAN WALAU BERLIKU,
WALAU APA BERLAKU, KAMI MENDUKUNGMU,
DOA KAMI KAU BERJAYA,
TIAP PERJUANGAN TAK TERSIA,
HARIMAU MALAYA,
PASTI TERJULANG NAMAMU 
PERSADA DUNIA!!! "




No comments:

Post a Comment